
Lori pindah rumah murah di KL, Selangor dan Putrajaya
Lori pindah rumah dari Sewa Lori Murah datang lengkap dengan pemandu dan pekerja angkat barang yang berpengalaman. Pilih lori 1 tan, 3 tan atau 5 tan mengikut saiz rumah anda, dengan harga bermula RM180. Kami melayani rumah teres, apartmen, kondominium dan banglo di seluruh Lembah Klang, setiap hari dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam.
Pilih pakej pindah anda
Semua harga termasuk lori, pemandu dan pekerja. Liputan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Pakej Bajet. Lori, pemandu dan pekerja untuk angkat barang dari rumah lama ke rumah baru. Anda bungkus barang sendiri.
Lori 1 Tan
Bilik, studio atau barang sedikit
Lori 3 Tan
Rumah atau pejabat sederhana
Lori 5 Tan
Rumah besar atau pejabat penuh
- Caj tambahan mungkin dikenakan untuk tangga, caj menarik (pulling), jarak berjalan melebihi 20 meter, dan barang berat seperti piano, peti besi, chiller atau motosikal.
- Pembungkusan, buka dan pasang perabot, balutan dan kotak tidak termasuk dalam Pakej Bajet.
Pakej Premium. Kami bungkus perabot dengan bubble wrap dan balutan, buka dan pasang perabot, kemudian angkut ke rumah baru.
Lori 1 Tan
Rumah atau pejabat kecil
DariRM380
- 2 orang pekerja
- Jarak sehingga 20km
- Pembungkusan dan balutan bubble wrap
- Buka dan pasang semula perabot
- Pindah dari pintu ke pintu
Lori 3 Tan
Rumah atau pejabat sederhana
DariRM650
- 3 orang pekerja
- Jarak sehingga 20km
- Pembungkusan dan balutan bubble wrap
- Buka dan pasang semula perabot
- Pindah dari pintu ke pintu
Lori 5 Tan
Rumah atau pejabat besar
DariRM850
- 3 orang pekerja
- Jarak sehingga 20km
- Pembungkusan dan balutan bubble wrap
- Buka dan pasang semula perabot
- Pindah dari pintu ke pintu
- Caj tambahan mungkin dikenakan untuk tangga, caj menarik (pulling), jarak berjalan melebihi 20 meter, dan barang berat seperti piano, peti besi, chiller atau motosikal.
Pakej Lengkap. Kami datang tinjau rumah dahulu, bekalkan kotak, balut perabot dengan shrink wrap, buka dan pasang semula di rumah baru.
Lori 1 Tan
Rumah atau pejabat kecil
DariRM688
- 2 orang pekerja
- Jarak sehingga 20km
- Lawatan tapak sebelum pindah
- 5 kotak saiz L
- Buka dan pasang semula perabot
- Balutan shrink wrap untuk perabot
- Bayar tunai atau pindahan dalam talian
Lori 3 Tan
Rumah atau pejabat sederhana
DariRM1,199
- 3 orang pekerja
- Jarak sehingga 20km
- Lawatan tapak sebelum pindah
- 10 kotak saiz L
- Buka dan pasang semula perabot
- Balutan shrink wrap untuk perabot
- Bayar tunai atau pindahan dalam talian
Lori 5 Tan
Rumah atau ruang besar
DariRM1,599
- 4 orang pekerja
- Jarak sehingga 20km
- Lawatan tapak sebelum pindah
- 15 kotak saiz L
- Buka dan pasang semula perabot
- Balutan shrink wrap untuk perabot
- Bayar tunai atau pindahan dalam talian
- Caj tambahan mungkin dikenakan untuk tangga, caj menarik (pulling), jarak berjalan melebihi 20 meter, dan barang berat seperti piano, peti besi, chiller atau motosikal.
Saiz lori pindah rumah ikut jenis rumah
Panduan umum untuk memilih saiz lori. Jika barang anda banyak, kami mungkin cadangkan saiz lebih besar supaya cukup satu trip.
| Jenis rumah | Saiz lori dicadangkan | Harga dari |
|---|---|---|
| Bilik sewa, studio atau rumah pelajar | Lori 1 tan | RM180 |
| Apartmen atau rumah teres 2 hingga 3 bilik | Lori 3 tan | RM350 |
| Rumah teres besar, semi-D atau banglo | Lori 5 tan | RM500 |
Harga ialah harga Pakej Bajet bagi jarak sehingga 20km. WhatsApp gambar barang anda untuk cadangan saiz yang tepat.
Bagaimana proses pindah rumah bersama kami
Tempah dan dapatkan harga
WhatsApp alamat lama, alamat baru, tarikh dan gambar barang. Kami cadangkan saiz lori pindah rumah dan pakej yang sesuai, dan maklumkan harga penuh sebelum anda sahkan.
Angkat dan muat dengan teliti
Pada hari pindah, pekerja kami angkat perabot dan kotak, kemudian susun dalam lori supaya barang tidak bergerak semasa perjalanan.
Hantar dan turunkan di rumah baru
Barang diturunkan dan dibawa masuk ke rumah baru. Untuk Pakej Premium dan Lengkap, perabot dipasang semula untuk anda.
Senarai semak sebelum pindah rumah
Seminggu sebelum
Kumpul kotak, buang atau derma barang yang tidak diperlukan, dan maklumkan pihak pengurusan bangunan untuk tempahan lif servis.
Tiga hari sebelum
Mula bungkus barang yang jarang digunakan. Label setiap kotak dengan nama bilik supaya mudah disusun di rumah baru.
Sehari sebelum
Matikan dan kosongkan peti sejuk, cabut mesin basuh, dan asingkan dokumen penting, ubat serta barang berharga untuk dibawa sendiri.
Hari pindah
Semak setiap bilik dan almari sebelum lori bertolak, ambil gambar bacaan meter air dan elektrik, dan serahkan kunci rumah lama.
Jangan lupa amalkan doa pindah rumah baru semasa masuk ke rumah baru anda.
Kenapa pilih lori pindah rumah kami
Pekerja termasuk dalam harga
Setiap pakej termasuk pemandu dan 2 hingga 4 orang pekerja. Anda tidak perlu cari tenaga kerja sendiri.
Harga jelas sebelum pindah
Harga penuh dimaklumkan sebelum tempahan disahkan, termasuk sebarang caj tangga atau barang berat.
Pilihan dengan atau tanpa bungkus
Bungkus sendiri dengan Pakej Bajet, atau biar kami bungkus dan pasang perabot dengan Pakej Premium atau Lengkap.
Buka setiap hari
Pindah pada hari bekerja, hujung minggu atau cuti umum, dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam.
Kawasan servis pindah rumah
Kami menyediakan lori untuk pindah rumah di seluruh Kuala Lumpur seperti Cheras, Kepong, Setapak, Wangsa Maju dan Bukit Bintang, di Selangor termasuk Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Kajang, Bangi dan Rawang, serta Putrajaya dan Cyberjaya. Pindah rumah ke negeri lain di Semenanjung Malaysia juga diterima atas permintaan.
Soalan lazim pindah rumah
Berapa harga lori pindah rumah?
Harga lori pindah rumah bermula RM180 untuk lori 1 tan, RM350 untuk lori 3 tan dan RM500 untuk lori 5 tan dengan Pakej Bajet, bagi jarak sehingga 20km. Pakej Premium dan Lengkap termasuk pembungkusan dan pasang semula perabot.
Perlukah saya bungkus barang sendiri?
Untuk Pakej Bajet, anda perlu bungkus barang sendiri. Pakej Premium termasuk pembungkusan dan balutan bubble wrap, manakala Pakej Lengkap turut termasuk kotak, shrink wrap dan lawatan tapak.
Rumah saya di tingkat atas tanpa lif. Boleh?
Boleh. Caj tambahan untuk tangga mungkin dikenakan bergantung pada tingkat dan jumlah barang. Maklumkan tingkat rumah semasa meminta sebut harga.
Berapa lama proses pindah rumah?
Bergantung pada jumlah barang, jarak dan akses bangunan. Kebanyakan pindahan dalam Lembah Klang boleh disiapkan dalam hari yang sama.
Boleh tempah pada saat akhir?
Boleh, tertakluk kepada kekosongan lori. Hujung bulan dan cuti sekolah biasanya sibuk, jadi tempah lebih awal jika boleh.
Tempah lori pindah rumah anda
WhatsApp tarikh dan lokasi pindah anda. Kami cadangkan saiz lori dan pakej yang sesuai, dan beri harga penuh sebelum anda tempah.
Sewa Lori Murah dikendalikan oleh RESTU IBU MAJU NIAGA (201903339153 / 003054153-H), Selangor. Halaman utama | Hubungi kami